Perselisihan faham Frost dan Chong Wei selesai

KUALA LUMPUR 19 Sept. – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengesahkan perselisihan faham antara Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost Hansen dan Datuk Lee Chong Wei sudah selesai. Dalam pertemuan dengan Chong Wei, semalam, katanya bekas pemain nombor satu dunia itu telah memberikan jaminan bahawa masalahnya dengan Frost tidak akan berterusan. Katanya … Continue reading Perselisihan faham Frost dan Chong Wei selesai

Shabery: Hati-hati anjing tak bertuan

Orang ramai terutama di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang yang diisytiharkan sebagai kawasan jangkitan penyakit anjing gila atau rabies dinasihatkan berhati-hati apabila melihat anjing tidak bertuan. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata orang ramai juga perlu mendapatkan rawatan segera di hospital sekiranya digigit anjing memandangkan tempoh inkubasi rabies adalah … Continue reading Shabery: Hati-hati anjing tak bertuan

‘Dia nak jadi imam tu’

SHAH ALAM – “Dia nak jadi imam tu,” itu reaksi Imam II Masjid Negara, Mohd Zuhairee Mohd Yatim susulan insiden dia ditampar oleh seorang lelaki dipercayai berketurunan Arab ketika solat Jumaat hari ini. “Saya ingatkan sangkut bacaan, tengok-tengok terus dia datang dan tampar. “Dia nak jadi imam kot rasanya,” kata Mohd Zuhairee dalam sebuah video … Continue reading ‘Dia nak jadi imam tu’

BR1M peringkat akhir dibayar mulai 21 Sept

Pembayaran peringkat akhir Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 yang dijadual pada akhir September ini dipercepatkan mulai 21 Sept sempena sambutan Aidiladha. Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata dengan keputusan itu ia diharap dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan dan persiapan menjelang perayaan itu pada 24 Sept. Beliau berkata pembayaran BR1M akan dikreditkan … Continue reading BR1M peringkat akhir dibayar mulai 21 Sept

Jerebu boleh jejaskan pelancongan negara

KUALA LUMPUR – Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan tidak menafikan peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200 akibat jerebu sedikit banyak menjejaskan kedatangan pelancong asing ke negara ini. Timbalan Ketua Setiausahanya, Datuk Rashidi Hasbullah berkata, kebanyakan pelancong akan menangguhkan perjalanan mereka ke Malaysia dan lebih teruk lagi mengubah destinasi pelancongan ke negara lain. “Biasanya pelancong-pelancong bila … Continue reading Jerebu boleh jejaskan pelancongan negara

PM Najib menghadap Sultan Johor

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, memasuki Gerbang Mahkota Istana Bukit Serene Johor Bahru, untuk menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. – Foto Mohd Azren Jamaludin JOHOR BAHRU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Istana Bukit Serene, untuk menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar. Najib tiba di perkarangan Gerbang Mahkota kira-kira … Continue reading PM Najib menghadap Sultan Johor

Pujian Najib kepada baju merah ‘ada makna’

Apakah tindakan perdana menteri memuji himpunan baju merah pada 16 September lalu disengajakan untuk mengalih perhatian ramai daripada isu yang lebih besar? Bagi Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, beliau memang beranggapan begitu. Kata Tuan Ibrahim tindakan Datuk Seri Najib Razak memberi kata positif terhadap Himpunan Rakyat Bersatu yang “berkiblatkan bangsa anjuran Umno” … Continue reading Pujian Najib kepada baju merah ‘ada makna’

Kualiti udara di seluruh negara pulih pagi ini

KUALA LUMPUR 20 Sept. – Keadaan kualiti udara di seluruh negara pulih sepenuhnya pagi ini dengan kebanyakan kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana dan tiada lagi kawasan yang mempunyai bacaan tidak sihat. Pada malam tadi, hanya satu kawasan iaitu Balok Baru di Kuantan yang merekod kualiti udara tidak sihat dengan bacaan IPU 101, … Continue reading Kualiti udara di seluruh negara pulih pagi ini

Abdul Khalid dipelawa sertai Pas

DUNGUN 19 Sept. – Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang telah dipecat daripada PKR, telah dipelawa oleh Pas untuk menyertai parti itu. Bagaimanapun katanya, beliau belum menimbangkan tawaran itu kerana masih ada perkara untuk diselesaikan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS). Beliau berpendapat, berlaku ketidakadilan berhubung pemecatannya daripada PKR. Abdul Khalid dipecat daripada … Continue reading Abdul Khalid dipelawa sertai Pas

Malaysia, Indonesia meterai MoU selesai masalah jerebu

KUALA LUMPUR 20 Sept. – Malaysia akan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Indonesia pada tahun ini bagi menyelesaikan segera masalah jerebu yang berlaku pada setiap tahun. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, memorandum tersebut sepatutnya dibincangkan dalam perjumpaan pada 25 September ini tetapi terpaksa ditunda ke tarikh … Continue reading Malaysia, Indonesia meterai MoU selesai masalah jerebu