Abdul Khalid dipelawa sertai Pas

DUNGUN 19 Sept. – Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang telah dipecat daripada PKR, telah dipelawa oleh Pas untuk menyertai parti itu.

Bagaimanapun katanya, beliau belum menimbangkan tawaran itu kerana masih ada perkara untuk diselesaikan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Beliau berpendapat, berlaku ketidakadilan berhubung pemecatannya daripada PKR.

Abdul Khalid dipecat daripada PKR selepas beliau enggan melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor seperti diputuskan oleh parti.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.2 anjuran Pas Terengganu di Pulau Serai dekat sini malam tadi. – BERNAMA

Sumber : utusan.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *