Program perkauman rugikan negara

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melahirkan kebimbangan beliau terhadap tindakan sesetengah pihak menganjurkan program bersifat perkauman. Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, tindakan pihak yang menganjurkan program tersebut dilihat bukan sahaja mengamalkan politik sempit, malah mencetuskan perasaan takut terhadap masyarakat lain. Bagaimanapun, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno tidak menyatakan secara terperinci apakah “program” … Continue reading Program perkauman rugikan negara

Keputusan ujian DNA Morais dalam masa 2 minggu

Keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas mayat yang ditemui dalam tong dram berisi konkrit di Subang, Selangor yang dipercayai Anthony Kevin Morais, akan diketahui dalam masa dua minggu. Adik Morais, Datuk Richard Morais berkata beliau dimaklumkan mengenai perkara itu oleh Institut Forensik Nasional di Hospital Kuala Lumpur, pagi tadi. Richard dan abangnya, David menjalani … Continue reading Keputusan ujian DNA Morais dalam masa 2 minggu

‘Wujudkan badan pantau caj perkhidmatan tersembunyi’

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan (KPDNKK) dicadangkan supaya mewujudkan sekretariat khusus bagi memantau caj perkhidmatan tersembunyi yang dikenakan terhadap pengguna. Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata ia susulan 300 kes aduan berkaitan kadar caj perkhidmatan yang tidak munasabah berlaku di sekitar Lembah Klang yang diterima PPIM, sepanjang tahun … Continue reading ‘Wujudkan badan pantau caj perkhidmatan tersembunyi’

Khairuddin sepatutnya jumpa FBI lusa

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang kini direman enam hari oleh polis sepatutnya bertemu pegawai Biro Siasatan Persekutuan (FBI) AS Isnin ini. Bercakap kepada New York Times, peguam Matthias Chang berkata pertemuan itu diatur pihak Kedutaan AS di Kuala Lumpur. Laporan itu menyebut bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan berkenaan bercadang menggesa pihak berkuasa AS … Continue reading Khairuddin sepatutnya jumpa FBI lusa

Jerebu: 173 rakyat M’sia dipindah dari Riau

Seramai 173 rakyat Malaysia dipindahkan selepas mereka terjejas teruk akibat jerebu yang melanda Provinsi Riau, terutama di Pekanbaru, Indonesia, pada Jumaat. Menurut kenyataan Kementerian Luar, dua pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terlibat dalam proses memindahkan kumpulan itu yang kebanyakannya adalah pelajar dan ahli keluarga mereka. Pesawat dijangka tiba di Pangkalan TUDM Subang pukul … Continue reading Jerebu: 173 rakyat M’sia dipindah dari Riau

Bengkel sembunyi kereta Morais milik suspek

Polis mengesahkan bengkel kereta yang dipercayai tempat mendiang Anthony Kevin Morais yang juga merupakan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara, disembunyikan sebelum dibunuh adalah milik seorang daripada lima suspek yang ditahan. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa berkata bengkel yang terletak di USJ 3, Subang Jaya itu merupakan antara tempat … Continue reading Bengkel sembunyi kereta Morais milik suspek

PAS: Tahaluf dengan PKR, bukan DAP, AMANAH

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengulangi gesaan supaya wakil rakyat parti itu meletakkan jawatan jika menyertai parti lain termasuk Parti Amanah Rakyat (Amanah). Beliau berkata tindakan itu perlu kerana semua calon PAS pada pilihan raya umum lepas telah melafazkan Bai’ah bersumpah, dan mereka akan dilaknati Allah swt jika melanggar Bai’ah itu. … Continue reading PAS: Tahaluf dengan PKR, bukan DAP, AMANAH

3 maut, 13 cedera serangan bom di Narathiwat

Sebanyak lapan butir bom diletupkan dalam tempoh hampir dua jam malam tadi yang menyebabkan tiga orang terbunuh dan 13 lagi cedera di Narathiwat. Ketua Polis Daerah Ranget, Kolonel Phakdee Prechachon berkata serangan bom yang berlaku dari 7.25 malam hingga 9.15 malam itu menyasarkan anggota renjer dan kawasan kediaman serta premis perniagaan. Beliau berkata bom-bom diaktifkan … Continue reading 3 maut, 13 cedera serangan bom di Narathiwat

‘James Bond’ dinobat juara Mr Lembu Terengganu

MENTERI Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (Tengah) menyampaikan kunci kereta kepada Mat Rusli Ismail (kanan) sambil ditemani Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri dan Asas Tani Negeri , Mohamad Nawi (kiri) selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri di Kuala Kemaman. – Foto Baharom Bakar KEMAMAN: Lembu yang digelar ‘James … Continue reading ‘James Bond’ dinobat juara Mr Lembu Terengganu

Bekas hakim: PM sekat kenaikan pangkat saya

Beliau mungkin boleh dinobatkan sebagai sinar harapan dalam badan kehakiman Malaysia tetapi beliau tidak pernah mendapat kenaikan pangkat seperti rakannya yang dilantik sebagai Peguam Negara Tan Sri Mohd Apandi Ali baru-baru ini. Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus, yang bersara awal bulan ini, mengesahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghentikan perlantikanya … Continue reading Bekas hakim: PM sekat kenaikan pangkat saya